Pengenalan 

Apa itu catan? 

     Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco.    

Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran bgaharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak.          

Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Catan juga merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan. Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan. Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.

Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, “setiap seni mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiar catan. Setiap seni itu merupakan suatu yang lengkap dengar sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri”. Biasanya bahan untuk catan cat air atau water colour banyak menggunakan air dan menggunakan pengilat gam Arab. Cat air bersifat lutsinar, ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal. Manakala catan cat Minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu dicerahkan sedikit demi sedikit. Catan cat akrilik pula menggunakan air, bersifat lutsinar dan legap juga boleh dicerah warnanya.

Cat minyak 

Lukisan minyak adalah proses lukisan dengan pigmen yang menggunakan media pengeringan minyak terutama di awal Eropah moden.  minyak seperti biji rami digunakan dimana ianya  telah direbus dengan resin (resin pain) atau kemenyan. Kemudian bahan ini diolah lagi sehingga menjadi 'varnis'. Minyak lain juga digunakan termasuk minyak poppyseed, walnut minyak, dan minyak safflower. Minyak ini memberi berbagai sifat cat minyak, seperti kurang kekuningan atau berbeza apabila pengeringan. Perbezaan-perbezaan tertentu juga dapat dilihat dalam kilauan cat yang bergantung kepada minyak. Pelukis sering menggunakan minyak yang berbeza dalam lukisan yang sama bergantung kepada pigmen dan kesan khusus yang diingini. Cat sendiri juga membangunkan konsisten tertentu yang bergantung kepada kesederhanaan. 

Approach

I approach my work with a unique perspective that takes into account your needs and your individual style. My style and technique are broad and flexible, developed over years of training and experience.

Testimonials

"This is sample testimonial from a sample source." -- Sample Client, Location

"This is another sample testimonial from another sample source." -- Sample Client, Location

mrsm baling mrsm tumpat, kl, malaysia

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola